20110108

1


Hai.

Dulu bila transfer tulis di sini, tak ada motivasi nak buat apa-apa. Terasa macam malas mahu tulis. Tapi sekarang, nampaknya macam perlu. Nak selamat emosi, baik buat. 

Baiklah. Mula.

Sekarang semester sudah mula. Minggu pertama ada berlopong juga attendance. Itu biasa. Mengajar lain pula. Rajin mahu pergi. Minat makin lama makin timbul. Seronok ulang semula semua intipati yang dulu jadi tasbih sampai SPM. Terasa macam diri ini agak pintar dan berguna juga akhirnya.

Semalam kereta accident. Tak bijak. Tidak tidak. Haih, awal tahun sudah mengeluh. Bajet 2011 dah susun cantik, sekarang perlu susun semula. Harap-harap berkesan. Pagi tadi sudah bertungkus lumus bersama si lelaki untuk menghilangkan semua kesan yang ada. Sekarang tinggal doa. Dan mengeluh sendiri.

Kawan-kawan aku pula masih bermusuh. Jujurnya, situasinya sangat merimaskan. Mahu juga utarakan semua hujah, tapi tak ada azam yang kuat pula. Mungkin kerana aku sudah sick. Sick. Jelak dengan semuanya. Apalah salahnya semuanya aman. Tak usah terlalu sensitif. Ingat orang lain suka tengok benda buruk macam itu terpampang depan mata ke ?

Kesimpulannya, aku makin malas. Malas dalam semua segala. 



Dalam hati ada simpan sedikit azam. Sikit je.