Hai rakan-rakan yang sangat mulia, baik, alim dan diciptakan dengan sempurna sejak azali sehingga kini.
Awak awak semua, apa kata, step back sedikit dan bertenang dalam setiap percakapan? Sebab, sebagai seorang yang berfikiran sepert saya ini, jiwa saya agak tertekan apabila membaca setiap post-post anda di Facebook. Awak ada lihat tak status saya yang menunjukkan saya memarahi seseorang?
Oh awak tak sedar saya marah awak sebenarnya. Haha. Kasihan, awak syok sendiri sangat. Jangan risau. Di bawah, saya nyatakan guidelines untuk awak semua agar senang di kemudian hari.
1. Jikalau mahu menggunakan applikasi foursquare dan sebagainya, boleh. Tak halang. Tapi, tak perlulah check in di setiap lokasi. Kalau ada sambutan kecil-kecilan di restoran terkemuka, tak perlu beritahu seluruh dunia. Sedang awak makan di restoran Chilli's, tahukah anda, ada orang lain yang sedang makan di Jake's atau di Tony Romas mahupun TGIF atau Restoran Ikan Bakar Mak Jah? Tidak bukan, jadi jangan malukan diri sendiri tanpa sedar.
2. Jikalau sedang dalam perjalanan atau sedang menikmati percutian, tak perlu khabarkan setiap pergerakan. Mahu khabar sikit-sikit bolehlah, untuk memaklumkan kepada kami di tanah air tentang keberadaan awak di sana, okay boleh. Lebih-lebih tak perlu. Sekali lagi, sedang anda bercuti di Hong Kong, tahukah anda bahawa ada orang lain sedang bercuti seantero Eropah, mahupun mengelilingi Portugal secara solo? Takkan. Okay, mesti faham point saya ini.
3. Jikalau mahu update status dalam bahasa kedua, tak salah kalau rujuk dahulu google dictionary atau translator.
4. Ini penting. Tak perlu post doa-doa di Facebook. Lebih-lebih lagi kalau doa persendirian. Tak tahu pula saya yang Facebook itu adalah perantaraan utama dengan Yang Maha Kuasa. Duduk macam duduk iktidal tu sendirian, nah, pergi berdoa.
5. Ini juga penting. Tak perlu persoal hal agama di status mahupun wall post. Memang ramai yang tak arif soal agama, tapi jangan perlekeh tahap pembacaan orang. Seseorang mungkin tak hebat dari segi amali, tapi pengetahuan dia mungkin lebih tinggi. Jadi kalau awak sekadar bertudung lilit labuh atau ahli masjid di taman perumahan, tak perlu bersemangat bermajlis syura di Facebook.
6. Jangan jadi pathetic sangat di mata umum. Kalau tak ada kawan, cari betul-betul. Menulis tentang kesunyian awak tak akan membawa apa-apa impak. Kalau bergaduh dengan kekasih, tak payah nak obvious sangat.
7. Tak perlu nak Gol Dan Gincu sangat. Semua orang nak dipanggil sayang, babes, sayangs (ni tak tahan, bila masa ada 's' kat dalam kamus!) and etc.
7. Tak perlu nak Gol Dan Gincu sangat. Semua orang nak dipanggil sayang, babes, sayangs (ni tak tahan, bila masa ada 's' kat dalam kamus!) and etc.
8. Jikalau terlampau marah terhadap sesiapa sehingga memerlukan anda untuk mengeluarkan kata-kata kesat di khalayak ramai, silakan. Tak perlu nak ada bintang-bintang di dalam ejaan. Kalau mahu kata celaka, tak perlu tulis ce**k*. Paham?
Haaaaaaaaaaaa! Senang kan. Sekian.